Saturday, 2 March 2013

Ahsanu Amala

 Bismillahirrahmanirrahim..





"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)-"
[al-Mulk: 2]


Dalam bulatan gembira tumpang (knp tumpang? sebab saya tumpang bulatan gembira orang lain secara tidak sengaja) semalam, kami mentadabbur surah al-Mulk. Salah satu ibrah yang diperoleh ialah, mengenai ayat kedua surah tersebut. Dimana Allah melihat amalan kita yang paling baik bukannya yang paling banyak. Si kakak naqibah telah menceritakan kisah yang berkait rapat dengan ayat tersebut yakni mengenai kisah Assyahid Imam Hassan al-Banna (IHAB). Kisahnya berbunyi begini (lebih kurang la..):

Pada suatu hari Assyahid IHAB telah diundang untuk memberikan ceremah. Tetapi hairannya, sebelum bermulanya ceramah tersebut, beliau sibuk menyusun kerusi2 buat hadirin dan hadirat. Lalu datang seorang sahabatnya kepadanya dan bertanya (lebih kurang begini la bunyinya..),
"Ya Imam, mengapakah kamu sibuk msnyusun kerusi2 buat para hadirin dan hadirat sedangkan kamu adalah penceramah pada hari ini?" Lalu beliau membalas,
"Wahai saudaraku, aku tidak tahu amalanku yang manakah yang diterima Allah. Adakah amalanku sewaktu aku menyusun kerusi2 ini, ataukah amalanku ketika aku berceramah nanti.."
Allah T___T

Sesungguhnya Allah tidak melihat bertapa banyaknya amalan yang kita lakukan, tetapi bertapa baik atau ikhlasnya amalan yang dilakukan. Maka jangan la rasa rendah diri jikalau kita melihat sesorang itu lebih baik dari kita. Kemungkinan dengan kita memadam papan hitam di kelas sebelum masuknya lecturer, itu lah amalan yang paling Allah terima. Ayuh sama2 kita tingkatkan kualiti amal kita dan secara istiqamah meningkatkan juga kuantitinya.. :D

Assalamualaikum..
*selamat beramal ^__^

No comments:

Post a Comment