Thursday, 26 December 2013

It's study week

Bismillahirrahmanirrahim..





It's been a while.
I've been busy.
And guess what?
Yup..it's study week.
It's study week but i'm still thinking about that one final project..
I thought i didn't have to think about it anymore.
But i'm wrong. 
We still need to spare our time on it.
Even though we've come to the limit.
It's not an easy task.
But we hope Allah will ease us.
Ease and assist us until we finish it.
Ooh well..that's one thing.

And yeah..you're right.
I'm supposed to get on studying now because exams is just around the corner.
But what i'm doing here? 
I miss this blog. 
That's why.
And I miss those memories back then in school.
This is all because of my sweet friend.
She spread the viral to all of us.
And now I couldn't stop.
Couldn't stop from travelling back to those years of joy and happiness.
I dragged myself looking back at those videos, messages and photos..
Ahhhhh..I just miss those precious times.
Times that made me who I am today.
Thanks to all.
Grateful to Allah.
Alhamdulillah.

Now, striving hard for the coming days.
Hoping that Allah will always be by my side to guide me all the way through.
Exams is so near.
I'm not sure if I'm ready.
But am I ready for that big exam too?
Have so many things yet to be done.
That day will come.
Whether I'm ready or not.
Hoping for the best.
Insyaallah.

Until Then.

Assalamualaikum.

P/s: Ohh ya, berpimpin tangan ke Syurga itu sangat sewit.. :)


Sunday, 27 October 2013

Change

Bismillahirrahmanirrahim..

Change.
People change.
I change.
You change.
They all change.
May it be the change for the better.

But I miss the old you.
I miss the old us.
I miss the old times.
I miss everything about us back then.
May He give strength to me to continue on with life.
With or without you.
May He also grant the best for you, me and us.

Our memories will never fade in my heart.
Loving you Lillahi Ta'ala. Insyaallah.




Assalamualaikum.


Wednesday, 14 August 2013

dua bulan itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ianya sudah berlalu meninggalkan kita.
Harap dapat bertemu kembali pada tahun2 akan datang.
Ramadhan I miss youuuu..



Assalamualaikum.
Moga Allah berkati..

p/s: salam eidul fitri, mohon maaf zahir n batin.

Thursday, 11 July 2013

Ramadhan :D

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan..yeay Ramadhan datang lagi!
Alhamdulillah thumalhamdulillah..


Bersyukur Allah beri saya peluang sekali lagi untuk berjumpa dengan bulan yang penuh dengan maghfirah, barakah dan rahmatNya..Terharu T__T Harapnya Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum2nya. Harapnya juga agar Ramadhan kali ini menjadi stepping stone dalam memperkai diri kearah yang lebih baik. Bukan senang untuk berubah, tapi ada ke perkara yang senang? Lebih2 lagi kalau mahukan syurgaNya, usaha pun seharusnya lebihhhhhhhhh lagi dari kita berusaha untuk perkara lain atas dunia ini. Yoshh! Jangan sia2kan peluang keemasan yang Allah berikan ini. 

Moga Allah redha..
Assalamualakum.

Ikhlas ke tidak?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah semalam Allah beri kesempatan untuk jumpa dengan ukhti2 tersayang. Kali terakhir kami berjumpa adalah ketika dating kami pada semester lepas. Lama.. Lama sangat saya tak follow up dengan mereka one by one. Selalunya sempat mengirim sms di telefon mahupun post di page fb sahaja. Rasa serba salah dengan mereka kerana baru sempat dating 3 kali semejak pertama kali bersua muka. Sepatutnya saya usaha lebih lagi. Saya nakkan yang terbaik buat mereka kerana berkemungkinan besar, mereka juga mengharapkan yang terbaik dari saya. Moga Allah berikan kekuatan buat saya. Moga Allah berikan petunjuk pada jalan yang haq buat kami.

Apa kaitan tajuk diatas dengan luahan hati saya tadi? Hmm..apa ye? Dalam sesi bulatan gembira semalam kami berdiskusi mengenai hadis 1: Niat kunci utama amal. Niat? Setiap perkara yang ingin dilakukan sesorang itu, pasti akan bermula dengan niat atau intention kita untuk melakukan perkara tersebut. Maka, seharusnya niat yang dibuat itu perlulah seiring dengan redha Allah. Misalnya, saya beria2 nak berikan segala input yang saya tahu kepada mutarabbi saya, tapi niat saya hanyalah untuk menunjuk2 pada orang lain yang saya adalah seorang murabbi..Na'uzubillah..Rasa2nya Allah redha ke dengan apa yang saya buat???

Ikhlas atau tidak? Bila fikir balik, saya ikhlas ke buat kerja2 dakwah ni hanya kerana Allah? Atau apakah sebenarnya niat saya? Muhasabah dan terus bermuhasabah..T___T

Moga Allah permudahkan..moga Allah redha..

Salam ukhuwah,
Assalamualaikum.

p/s: terjumpa post ni dalam senarai draft.huhu..

Saturday, 2 March 2013

Ahsanu Amala

 Bismillahirrahmanirrahim..





"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)-"
[al-Mulk: 2]


Dalam bulatan gembira tumpang (knp tumpang? sebab saya tumpang bulatan gembira orang lain secara tidak sengaja) semalam, kami mentadabbur surah al-Mulk. Salah satu ibrah yang diperoleh ialah, mengenai ayat kedua surah tersebut. Dimana Allah melihat amalan kita yang paling baik bukannya yang paling banyak. Si kakak naqibah telah menceritakan kisah yang berkait rapat dengan ayat tersebut yakni mengenai kisah Assyahid Imam Hassan al-Banna (IHAB). Kisahnya berbunyi begini (lebih kurang la..):

Pada suatu hari Assyahid IHAB telah diundang untuk memberikan ceremah. Tetapi hairannya, sebelum bermulanya ceramah tersebut, beliau sibuk menyusun kerusi2 buat hadirin dan hadirat. Lalu datang seorang sahabatnya kepadanya dan bertanya (lebih kurang begini la bunyinya..),
"Ya Imam, mengapakah kamu sibuk msnyusun kerusi2 buat para hadirin dan hadirat sedangkan kamu adalah penceramah pada hari ini?" Lalu beliau membalas,
"Wahai saudaraku, aku tidak tahu amalanku yang manakah yang diterima Allah. Adakah amalanku sewaktu aku menyusun kerusi2 ini, ataukah amalanku ketika aku berceramah nanti.."
Allah T___T

Sesungguhnya Allah tidak melihat bertapa banyaknya amalan yang kita lakukan, tetapi bertapa baik atau ikhlasnya amalan yang dilakukan. Maka jangan la rasa rendah diri jikalau kita melihat sesorang itu lebih baik dari kita. Kemungkinan dengan kita memadam papan hitam di kelas sebelum masuknya lecturer, itu lah amalan yang paling Allah terima. Ayuh sama2 kita tingkatkan kualiti amal kita dan secara istiqamah meningkatkan juga kuantitinya.. :D

Assalamualaikum..
*selamat beramal ^__^

Monday, 25 February 2013

Makanan apa yang sedap di johor?

Bismillahirrahmanirrahim..

 A: Makanan apa yang sedap kat johor nie ye?
 B: Agak2 kalau datang johor nanti nak makan apa ye?
 C: Kalau dekat kelantan ada nasi kerabu, kalau dekat terengganu ada nasi dagang, kalau dekat kedah ada char kuey teaw, kalau dekat melaka ada asam pedas, kalau dekat penang ada laksa penang..tapi dekat johor ada apa ye?

Haaaahhh..nak tahu makanan apa yang sedap dekat johor ni? Apa tunggu lagi, meh la turun johor! hehe.. Okay2 seriously. Dekat johor ni yang paling special adalah laksa johornya yang sangggggggaaaaaaattttttt sedap. Disebabkan proses untuk membuatnya bukanlah semudah untuk memakannya, maka hasilnya akan membuatkan kalian terlalu teruja untuk menambah sepinggan lagi.hehe..



Anda mesti sudah tidak sabar untuk turun ke johor semata-mata untuk makan laksa johor kan? Tak perlu tunggu lama2, sekarang pun boleh..tapi bagi mereka yang ingin cuba memasak sendiri makanan kegemaran saya, eh silap..makanan kegemaran orang johor, dengan besar hatinya saya sertakan link buat anda..di sini insyaallah ada cara2nnya serta resipinya. Harap2nya dapat la membantu sedikit sebanyak :)

Okay la setakat disini saja post kali ni, saya nak sambung makan laksa johor..oops, bukan2 sambung buat kerja..

Assalamualaikum..

Tuesday, 1 January 2013

Old?

Bismillahirrahmanirrahim..



It's 2013..and i'm becoming 22 in another month..hoho..
Getting older day by day..
Have I done enough amal?
Have I tried my best to become the 'abid that Allah loves?
Have I been kind to people around me?
Have I spent my time to remember those in needs?
Have I? Have I?
I hope it's never too late to become a better person..2013 will be my witness..
Praying hard so that I can be the person that Allah loves..
Same goes to you =)

Assalamualaikum..

Dimanakah anda?

Bismillahirrahmanirrahim..

Tik..tok..tik..tok..jarum pendek dijam dinding menunjukkan tepat jam 12..
Dimanakah anda dan apakah yang sedang anda lakukan pada saat ini?
Adakah anda berada dalam keadaan dan situasi yang diredhai Allah ataupun sebaliknya?


"...Dia lah Tuhan Yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua Yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat)."
[al-Muddathir:56]

Dialah Tuhan yang berhak memberi keampunan. Mengapa kamu masih tidak memperbaiki amalan, bertaubat kepada Tuhan serta kembali kepada kerasionalan kamu? -Tafsir al-Wadhih-

Assalamualaikum..