Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah semalam Allah beri kesempatan untuk jumpa dengan ukhti2 tersayang. Kali terakhir kami berjumpa adalah ketika dating kami pada semester lepas. Lama.. Lama sangat saya tak follow up dengan mereka one by one. Selalunya sempat mengirim sms di telefon mahupun post di page fb sahaja. Rasa serba salah dengan mereka kerana baru sempat dating 3 kali semejak pertama kali bersua muka. Sepatutnya saya usaha lebih lagi. Saya nakkan yang terbaik buat mereka kerana berkemungkinan besar, mereka juga mengharapkan yang terbaik dari saya. Moga Allah berikan kekuatan buat saya. Moga Allah berikan petunjuk pada jalan yang haq buat kami.
Apa kaitan tajuk diatas dengan luahan hati saya tadi? Hmm..apa ye? Dalam sesi bulatan gembira semalam kami berdiskusi mengenai hadis 1: Niat kunci utama amal. Niat? Setiap perkara yang ingin dilakukan sesorang itu, pasti akan bermula dengan niat atau intention kita untuk melakukan perkara tersebut. Maka, seharusnya niat yang dibuat itu perlulah seiring dengan redha Allah. Misalnya, saya beria2 nak berikan segala input yang saya tahu kepada mutarabbi saya, tapi niat saya hanyalah untuk menunjuk2 pada orang lain yang saya adalah seorang murabbi..Na'uzubillah..Rasa2nya Allah redha ke dengan apa yang saya buat???
Ikhlas atau tidak? Bila fikir balik, saya ikhlas ke buat kerja2 dakwah ni hanya kerana Allah? Atau apakah sebenarnya niat saya? Muhasabah dan terus bermuhasabah..T___T
Moga Allah permudahkan..moga Allah redha..
Salam ukhuwah,
Assalamualaikum.
p/s: terjumpa post ni dalam senarai draft.huhu..