Friday, 27 April 2012

Tawakal + Syukur = Redha

Bismillahirrahmanirrahim..



65:3


"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disngka2nya. 
Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan 
ketentuan bagi setiap sesuatu."
[at-Talaq:3]




"...Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".
[ali-Imran:159]


"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.." SubhannAllah.. Sesungguhnya hanya kepadaMu sahaja ya Allah aku bergantung harap.

Insyaallah esok saya dan rakan-rakan akan menghadapi satu ujian bagi mencapai cita-cita kami iaitu menjadi seorang murabbi =D Salah satu kriteria untuk menjadi seorang guru pada hari ini adalah, sesorang itu haruslah lulus dalam exam MedSi. Apa itu MedSI? MedSI ialah Malaysian Educators Selection Inventory. Ia merupakan suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Moga-moga kami layak menjadi seorang pendidik kelak. Insyaallah. Dengan izinya..

Kata orang yang pernah laluinya; "senang je", "Insyallah macam makan kacang (erk?)", "ikut gerak hati"..etc. Semoga Allah permudahkan saya dan rakan-rakan yang bakal menduduki exam MedSI pada esok hari. Bismillahi tawakaltu 'ala Allah..




Oopss..lupa nak share, saya dapat merasai satu lagi nikmat yang osem dariNya yang cukup osemmmm juga... Thanks Allah for giving me chance to have an awesome result for my diploma. Walaupun tidak seberapa. Kerana usaha pun tidak lah seberapa banyak. Tapi saya tetap bersyukur kerana berpeluang untuk merasai keputusan yang sebegitu. Alhamdulillahi 'ala kulli hal =D  Moga dengan nikmat yang Kau berikan ini, aku akan lebih menyintaiMu. You are the number one for me ya Rahim..


Until then.
Waalaikumsalam..


Rindu dia..

Bismillahirrahmanirrahim..


Post nie khas untuk awak =P
Rindu sama my one and only little bro a.k.a my buddy, my partner in crime, my ears (Akak memang banyak cakap kalau dengan awak. Harap maklum..hehe), my besties! If you happen to read this..if you happen to la..i just want to say that i love you lillahi ta'ala.. Study molek-molek. Biar dapat result gempak. Tapi kalau tak gempak pun tak apa. Asalkan study keranaNya. Erk, i miss you T____T


kami..
Waalaikumsalam

Tuesday, 24 April 2012

Musafir

Bismillahirrahmanirrahim..


67:15

"It is He who made the earth tame for you so walk among its slopes and eat of His provision and to Him is the resurrection."
[al-Mulk:15]

Alhamdulillah Allah beri peluang untuk bermusafir dan mentadabbur alam ciptaanNya berkali-kali tanpa jemu. Selesai pengajian diploma di utmic, sempat ke bumi kelantan buat beberapa hari. Sempat merasai kasih sayang sebuah lagi keluarga yang penyayang. Alhamdulillah setakat ini saya sudah pun memiliki beberapa buah keluarga angkat dan tak pernah lupa keluarga kandung yang sentiasa dicintai keranaNya. Perasaan kasih dan sayang, saling hormat-menghormati, rindu sokmo itu semua adalah nikmat dariNya yang sentiasa perlu disyukuri. Tidak semua yang bernasib baik. Tidak semua di atas muka bumi ini yang dapat merasai nikmat tersebut. Alhamdulillah diberi peluang oleh ya Rahman untuk merasai nikmat yang sungguh osem ini. 


Sunset di Kampung Pulau Lima..

Ayam-ayam kampung yang tidak pernah lupa mengejutkan saya bangun solat Subuh..

Pantai Tok Bali, Kelantan..

Berdiskusi hal masa hadapan dengan si kecil..

Alhamdulillah juga Allah beri peluang buat kali keduanya untuk menjejakkan kaki ke bumi borneo beberapa hari yang lepas. Kali terakhir ke sana adalah pada tahun 2004. Banyak yang sudah berubah. Kemajuan semakin hampir. Semuanya datang dariNya. Mungkin sebagai nikmat. Mungkin juga sebagai ujian. *Muhasabah diri. 


Kota Kinabalu, Sabah
Nasi goreng Banjar..
See Speak and Hear Sabahan..
Daripada musafir-musafir saya selama ini, ada beberapa perkara yang membuatkan saya terfikir. Kenapakah Allah menyeru kita untuk menjelajahi bumiNya? 


1) "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." 
[ar-Ruum:22]

2) "Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)." 
[al-Hujurat:13]

3)"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. 
Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." 
[al-Ankabut:19-20]


4)"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." 
[Al An'am: 11]

Ada lagi sebab mengapa Allah menyeru kita agar berjalan, melihat, mentadabbur serta mengakaji alamNya. Sebab utama: untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Semoga dalam setiap perjalanan yang bakal saya tempuhi kelak dapat dekatkan diri saya kepada pencipta yang maha Esa. Insyaallah.

Semoga diberi peluang untuk menulis lagi di sini.
Assalamualaikum.

Monday, 9 April 2012

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah..




Hee..lama dah tak menulis disini..bukannya tidak mahu..tapi selalu sahaja ada kekanggannya..Insyallah akan cuba untuk meluangkan masa yang ada disini.

Alhamdulillah saya sudah berjaya menamatkan pengajian diploma di UTMIC KL pada bulan lepas..Alhamdulillah juga kerana senarai tampal keputusan peperiksaan final telah keluar pada minggu lepas. Daaannnn...keputusan yang saya perolehi sangat2 osem dan tidak dijangka sama sekali.huhu..bersyukur sangat2 pada sang pencipta yang Maha Pemurah kerana telah memberikan saya peluang untuk merasai nikmat yang sungguh osem ini =D

It has been 3 veryyy looonnnggg years in UTMIC..walaupun pada awalnya saya tidak begitu mengemari suasana di sana..namun setelah masuknya tahun ke3, baru saya sedar kenapa Allah mencapakkan saya disana. Banyak yang telah saya tempuhi, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Tapi Alhamdulillah melalui semua pengalaman tersebut, saya berjaya memperolehi suatu hasil yang cukup indah.

Iaitu, nilai sebuah persahabatan @ ukhuwwah.. Mulai dari pengenalan yang biasa2..saling berbalas senyuman sehingga menjadi seorang kawan dan teman dan akhirnya kini menggelarkan diri masing2 sebagai sahabat keranaNya..suka dan duka diharungi bersama..saling bantu-membantu dalam apa jua keaadaan..semuanya bermula dari hati yang murni..bersahabat hanya kerana redha yang Maha Penyayang..semoga ukhuwwah kita berpanjangan hingga syurgaNya..may Allah bless the friendships that we have made. Walau dimana sahaja kita bakal berada kelak, jangan lupa untuk tegakkan deenNya..



Sebenarnya banyak yang mahu diluahkan..tapi biarlah hanya Dia yang mengetahui selanjutnya kerana hanya Dia yang memahami apa yanga ada di dalam sudut hati setiap hamba2Nya..
Semoga bertemu kembali..
Assalamualaikum =)