Sunday, 30 December 2012

Kalian yang ku cinta..

Bismillahirrahmanirrahim..



Siapa la diri ini pada kalian...sepertinya sangat tidak layak buat kalian..kalian yang menaruh harapan pada diri ini..diri ini mohon padaNya agar diberi kekuatan diatas jalan ini..mohon juga agar diri ini sentiasa istiqamah bukan sahaja buat kalian..tapi yang lebih penting, buat diri yang lemah ini..pada kalian, diri ini mohon maaf..

Assalamualaikum..
Semoga kalian diberkati Allah selalu..

Saturday, 29 December 2012

6 je buat masa ni..

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahhhh...lamanya tak menconteng disini..
Last post bulan Jun..huhu..lama..lama..
Sejak post yang terakhir, banyak perkara yang berlaku..

1st: Saya dah berhenti jadi teacher di Iman..T_____T Jika Allah izin, saya akan berkhidmat disana lagi..




2nd: Saya dapat offer masuk UTM Skudai, Johor dalam bidang Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan Komputer)..dan semestinya saya terima offer tersebut walaupun hati berbelah bahagi..dan masih berbelah bahagi..moga Allah beri kekuatan..




3rd: Saya dah graduate dari UTMIC..Alhamdulillah..




4th: Banyaaaakkkk pengalaman dan ramaiiiii kenalan baru yang saya perolehi di UTM, Skudai walaupun belum habis semester pertama disini..Alhamdulillah..




5th: Minggu depan start final exam yang pertama di sini..mohon sangat2 agar dipermudahkanNya..Insyaallah..




6th: Palestine diserang tanpa belas kasihan..T_______T Doa'kan mereka dalam setiap kesempatan yang kita ada. Allah janji Islam akan menang, tapi saya sangaaaatttt berharap agar saya dan kamu tergolong dalam golongan mereka yang memperjuangkan Islam sehingga menangnya Islam dimuka bumi ini..Insyaallah..




Insyaallah setakat disini sahaja buat masa ni..hehe..
Assalamualaikum..

*Bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu..Insyaallah..

Thursday, 7 June 2012

Experience in life..

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah berpeluang menaip di sini sekali lagi walau sudah lama menyepi. Kenapa lama tak menulis? Just finding some time to think out something to write.hehe.. Jom sama2 kita flash back ke masa lepas..

It's the final week of wan's school holiday. Didn't do anything much during his school holiday. I didn't even feel anything special because I've been on holiday for 2 months! huhu.. But last week umi, abi and along decided to take a leave for a couple of days. Soooo...we went on a short tour around our lovely state Johor Darul Takzim =D As usual we didn't have a specific destination. Just surveyed for some interesting places the night before the tour and only making a decision in the car, the day of the trip..hehe..
What was our decision? Look below and you'll see..

Tanjung Leman

Endau

Pantai Penyabong, Endau

Pantai Desaru

Berehat sebentar bersama si hitam manis dan flippers..

Rindu my sweet kakak..

RIndu juga my dearest friend..

Banana boat jom!

OTW ke Batu Pahat..

Kalau singgah Ayer Hitam, tak sah kalau tak beli kerepek..hehe

Miss Goldie dan rakan2 dah lama menanti kepulangan kami..

Had some fun with my lovely family. Alhamdulillah.. Besides the fun that I had, I also had to face some pain.huhu.. Pada hari isnin yang lalu, saya telah pun ke klinik gigi bagi menjalani rawatan a.k.a pembedahan kecil. Kenapa? Sebab saya sakit gigi! Sebenarnya dah lama tahan. Sejak beberapa sem yang lalu. Tapi sekarang baru berpeluang untuk menjalani pembedahan tersebut.huhu.. Gigi bungsu saya semuanya nakal2 belaka..macam tuannya juga.hehe.. Tak nak tumbuh lurus2 macam abang2 dan kakak2 dia yang lain. Nak tumbuh menyenget ke sana dan ke sini juga..degil! Disebabkan itu, tuannya terpaksalah mengalami kesakitan yang berpanjangan.. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah mengambil inisiatif untuk menjalani pembedahan kecil. Dimana saya juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada gigi2 bungsu saya.huhu.. Alhamdulillah satu telah pun berjaya di cabut..tinggal lagi tiga. Walaupun saya telah dibius beberapa kali di bahagian geraham, kesakitan yang saya alami semasa pembedahan dijalankan, hanya Allah sahaja yang tahu. Secool2 muna 'adilah pun mampu dikalahkan dengan hanya sebatang gigi bungsu. Air mata yang membasahi pipi menjadi saksi segalanya. Tapi nun disudut hati, selalu teringat dan terkenangkan kisah dimana Rasulullah s.a.w sendiri pernah patah gigi2nya semasa dibaling batu oleh pihak musuh ketika peperangan Uhud. Walaupun saya mengalami kesakitan yang sebegitu sekali, Rasulullah s.a.w pasti mengalami kesakitan yang lebih dahsyat lagi. Saya hanya mengalami kesakitan disebabkan rawatan, tetapi Rasulullah s.a.w? huhu..T___T Rasulullah s.a.w You have given me spirit to continue on! And Allah You have given me strength through my role model..Alhamdulillah =)

Bye2 gigi bungsu.. Terima kasih atas perkhidmatan anda selama ini. May Allah bless =)


Next, sebenarnya pagi tadi saya baru saja selesai menjalani temuduga di Iman ELC. Alhamdulillah dapat kerja. Insyaaallah isnin depan dah boleh masuk kerja sebagai guru taska di Taska Iman.hehe.. Seronoknya.. Tak sabar nak jumpa khalifah2 cilik. Semoga Allah permudahkan kerja saya nanti dan merahmati anak2 tersebut. Special thanks to my bestie Hajar Fatimah yang telah menyarankan saya untuk bekerja di situ. Insyaallah saya akan cuba untuk menjadi seorang pendidik yang terbaik buat anak2 kecil tersebut. Tunggu Teacher mun datang! hehe..

Let's play, learn and grow together!


Until then,
Assalamualaikum =D

Friday, 4 May 2012

Damai

Bismillahirrahmanirrahim..


"Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Dia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap- tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni."
[az-Zumar:5]


Dari petang tadi terngiang-ngiang lagu nie. Lama dah tak dengar. Jom layaaannn =D



Assalamualaikum..
May peace be upon you =)

Friday, 27 April 2012

Tawakal + Syukur = Redha

Bismillahirrahmanirrahim..



65:3


"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disngka2nya. 
Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan 
ketentuan bagi setiap sesuatu."
[at-Talaq:3]




"...Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".
[ali-Imran:159]


"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.." SubhannAllah.. Sesungguhnya hanya kepadaMu sahaja ya Allah aku bergantung harap.

Insyaallah esok saya dan rakan-rakan akan menghadapi satu ujian bagi mencapai cita-cita kami iaitu menjadi seorang murabbi =D Salah satu kriteria untuk menjadi seorang guru pada hari ini adalah, sesorang itu haruslah lulus dalam exam MedSi. Apa itu MedSI? MedSI ialah Malaysian Educators Selection Inventory. Ia merupakan suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Moga-moga kami layak menjadi seorang pendidik kelak. Insyaallah. Dengan izinya..

Kata orang yang pernah laluinya; "senang je", "Insyallah macam makan kacang (erk?)", "ikut gerak hati"..etc. Semoga Allah permudahkan saya dan rakan-rakan yang bakal menduduki exam MedSI pada esok hari. Bismillahi tawakaltu 'ala Allah..




Oopss..lupa nak share, saya dapat merasai satu lagi nikmat yang osem dariNya yang cukup osemmmm juga... Thanks Allah for giving me chance to have an awesome result for my diploma. Walaupun tidak seberapa. Kerana usaha pun tidak lah seberapa banyak. Tapi saya tetap bersyukur kerana berpeluang untuk merasai keputusan yang sebegitu. Alhamdulillahi 'ala kulli hal =D  Moga dengan nikmat yang Kau berikan ini, aku akan lebih menyintaiMu. You are the number one for me ya Rahim..


Until then.
Waalaikumsalam..


Rindu dia..

Bismillahirrahmanirrahim..


Post nie khas untuk awak =P
Rindu sama my one and only little bro a.k.a my buddy, my partner in crime, my ears (Akak memang banyak cakap kalau dengan awak. Harap maklum..hehe), my besties! If you happen to read this..if you happen to la..i just want to say that i love you lillahi ta'ala.. Study molek-molek. Biar dapat result gempak. Tapi kalau tak gempak pun tak apa. Asalkan study keranaNya. Erk, i miss you T____T


kami..
Waalaikumsalam

Tuesday, 24 April 2012

Musafir

Bismillahirrahmanirrahim..


67:15

"It is He who made the earth tame for you so walk among its slopes and eat of His provision and to Him is the resurrection."
[al-Mulk:15]

Alhamdulillah Allah beri peluang untuk bermusafir dan mentadabbur alam ciptaanNya berkali-kali tanpa jemu. Selesai pengajian diploma di utmic, sempat ke bumi kelantan buat beberapa hari. Sempat merasai kasih sayang sebuah lagi keluarga yang penyayang. Alhamdulillah setakat ini saya sudah pun memiliki beberapa buah keluarga angkat dan tak pernah lupa keluarga kandung yang sentiasa dicintai keranaNya. Perasaan kasih dan sayang, saling hormat-menghormati, rindu sokmo itu semua adalah nikmat dariNya yang sentiasa perlu disyukuri. Tidak semua yang bernasib baik. Tidak semua di atas muka bumi ini yang dapat merasai nikmat tersebut. Alhamdulillah diberi peluang oleh ya Rahman untuk merasai nikmat yang sungguh osem ini. 


Sunset di Kampung Pulau Lima..

Ayam-ayam kampung yang tidak pernah lupa mengejutkan saya bangun solat Subuh..

Pantai Tok Bali, Kelantan..

Berdiskusi hal masa hadapan dengan si kecil..

Alhamdulillah juga Allah beri peluang buat kali keduanya untuk menjejakkan kaki ke bumi borneo beberapa hari yang lepas. Kali terakhir ke sana adalah pada tahun 2004. Banyak yang sudah berubah. Kemajuan semakin hampir. Semuanya datang dariNya. Mungkin sebagai nikmat. Mungkin juga sebagai ujian. *Muhasabah diri. 


Kota Kinabalu, Sabah
Nasi goreng Banjar..
See Speak and Hear Sabahan..
Daripada musafir-musafir saya selama ini, ada beberapa perkara yang membuatkan saya terfikir. Kenapakah Allah menyeru kita untuk menjelajahi bumiNya? 


1) "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." 
[ar-Ruum:22]

2) "Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)." 
[al-Hujurat:13]

3)"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. 
Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." 
[al-Ankabut:19-20]


4)"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." 
[Al An'am: 11]

Ada lagi sebab mengapa Allah menyeru kita agar berjalan, melihat, mentadabbur serta mengakaji alamNya. Sebab utama: untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Semoga dalam setiap perjalanan yang bakal saya tempuhi kelak dapat dekatkan diri saya kepada pencipta yang maha Esa. Insyaallah.

Semoga diberi peluang untuk menulis lagi di sini.
Assalamualaikum.

Monday, 9 April 2012

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah..




Hee..lama dah tak menulis disini..bukannya tidak mahu..tapi selalu sahaja ada kekanggannya..Insyallah akan cuba untuk meluangkan masa yang ada disini.

Alhamdulillah saya sudah berjaya menamatkan pengajian diploma di UTMIC KL pada bulan lepas..Alhamdulillah juga kerana senarai tampal keputusan peperiksaan final telah keluar pada minggu lepas. Daaannnn...keputusan yang saya perolehi sangat2 osem dan tidak dijangka sama sekali.huhu..bersyukur sangat2 pada sang pencipta yang Maha Pemurah kerana telah memberikan saya peluang untuk merasai nikmat yang sungguh osem ini =D

It has been 3 veryyy looonnnggg years in UTMIC..walaupun pada awalnya saya tidak begitu mengemari suasana di sana..namun setelah masuknya tahun ke3, baru saya sedar kenapa Allah mencapakkan saya disana. Banyak yang telah saya tempuhi, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Tapi Alhamdulillah melalui semua pengalaman tersebut, saya berjaya memperolehi suatu hasil yang cukup indah.

Iaitu, nilai sebuah persahabatan @ ukhuwwah.. Mulai dari pengenalan yang biasa2..saling berbalas senyuman sehingga menjadi seorang kawan dan teman dan akhirnya kini menggelarkan diri masing2 sebagai sahabat keranaNya..suka dan duka diharungi bersama..saling bantu-membantu dalam apa jua keaadaan..semuanya bermula dari hati yang murni..bersahabat hanya kerana redha yang Maha Penyayang..semoga ukhuwwah kita berpanjangan hingga syurgaNya..may Allah bless the friendships that we have made. Walau dimana sahaja kita bakal berada kelak, jangan lupa untuk tegakkan deenNya..



Sebenarnya banyak yang mahu diluahkan..tapi biarlah hanya Dia yang mengetahui selanjutnya kerana hanya Dia yang memahami apa yanga ada di dalam sudut hati setiap hamba2Nya..
Semoga bertemu kembali..
Assalamualaikum =)