Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah..
Hee..lama dah tak menulis disini..bukannya tidak mahu..tapi selalu sahaja ada kekanggannya..Insyallah akan cuba untuk meluangkan masa yang ada disini.
Alhamdulillah saya sudah berjaya menamatkan pengajian diploma di UTMIC KL pada bulan lepas..Alhamdulillah juga kerana senarai tampal keputusan peperiksaan final telah keluar pada minggu lepas. Daaannnn...keputusan yang saya perolehi sangat2 osem dan tidak dijangka sama sekali.huhu..bersyukur sangat2 pada sang pencipta yang Maha Pemurah kerana telah memberikan saya peluang untuk merasai nikmat yang sungguh osem ini =D
It has been 3 veryyy looonnnggg years in UTMIC..walaupun pada awalnya saya tidak begitu mengemari suasana di sana..namun setelah masuknya tahun ke3, baru saya sedar kenapa Allah mencapakkan saya disana. Banyak yang telah saya tempuhi, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Tapi Alhamdulillah melalui semua pengalaman tersebut, saya berjaya memperolehi suatu hasil yang cukup indah.
Iaitu, nilai sebuah persahabatan @ ukhuwwah.. Mulai dari pengenalan yang biasa2..saling berbalas senyuman sehingga menjadi seorang kawan dan teman dan akhirnya kini menggelarkan diri masing2 sebagai sahabat keranaNya..suka dan duka diharungi bersama..saling bantu-membantu dalam apa jua keaadaan..semuanya bermula dari hati yang murni..bersahabat hanya kerana redha yang Maha Penyayang..semoga ukhuwwah kita berpanjangan hingga syurgaNya..may Allah bless the friendships that we have made. Walau dimana sahaja kita bakal berada kelak, jangan lupa untuk tegakkan deenNya..
Sebenarnya banyak yang mahu diluahkan..tapi biarlah hanya Dia yang mengetahui selanjutnya kerana hanya Dia yang memahami apa yanga ada di dalam sudut hati setiap hamba2Nya..
Semoga bertemu kembali..
Assalamualaikum =)

No comments:
Post a Comment